[Topik Lisan] Pembedahan Plastik: Kecantikan semulajadi ataupun kecantikan plastik?

Pembedahan Plastik: Kecantikan semulajadi ataupun kecantikan plastik?

RINGAKASAN:

Pelajaran ini bersekitar mengenai filem pendek bertajuk Plastic oleh Sandy Widyanata dan video rencana mengenai isu-isu berkait dengan budaya pembedahan plastik yang berlaku di negara Korea Selatan dan China.

Pelajar: Menengah atas
Masa: 90 minit
Aktivit: Menonton filem pendek serta video rencana, melihat gambar dan bertutur
Topik: Pembedahan Plastik: Kecantikan semulajadi ataupun kecantikan plastik?
Bahasa: Kosa kata berkait dengan topik
Bahan: Filem pendek, video rencana dan gambar

LANGKAH PERTAMA:

Secara berpasangan pelajar diminta untuk berkongsi dengan teman mereka jawapan bagi soalan-soalan berikut:

Pernahkah kamu diberitahu seseorang yang wajah kamu mirip ayah ataupun ibu kamu?
Apakah bahagian-bahagian wajah kamu yang mirip ayah ataupun ibu kamu?
Jika kamu berkuasa menukar wajah kamu, bahagian manakah yang ingin kamu tukar dan kenapa?

LANGKAH KEDUA:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton sebuah filem pendek bertajuk Plastik. Mainkan video tersebut sebelum behenti seketika pada minit 4.37.

Tanya pelajar apakah yang akan berlaku seterusnya.

Adakah wanita tersebut akan menggunakan wajah dan bentuk badan barunya?
Ataupun dia akan kembali menggunakan wajah dan bentuk badan asalnya?

LANGKAH KETIGA:

Secara berpasangan pelajar diminta untuk berkongsi dengan teman mereka soalan berikut:

Apakah yang akan kamu lakukan jika kamu dalam keadaan wanita tersebut dan mengapa?

LANGKAH KEEMPAT:

Pelajar dibahagikan dalam kumpulan yang lebih besar dan diminta menjawab soalan-soalan berikut di akhir filem.

Adakah wanita tersebut menolak sama sekali semua perubahan baru pada wajah dan bentuk badannya?
Perubahan pada bahagian manakah yang tidak ditolak oleh wanita itu?
Apakah mesej-mesej yang hendak disampaikan melalui filem ini?

Mainkan filem hingga akhir.

LANGKAH KELIMA:

Wakil kumpulan akan memberikan pandangan mereka.

LANGKAH KEENAM:

Tanya pelajar soalan berikut:

Adakah pembedahan pelastik untuk semua orang?
Siapakah golongan orang di mana pembedahan plastik diharuskan dan kenapa?
Siapakah golongan orang di mana oembedahan plastik tidak diharuskan?

LANGKAH KETUJUH:
Tunjukkan pelajar gambar di bawah.

Bibi Aisyah yang menjadi mangsa penganiayaan rumahtangga

Tanyakan pelajar soalan-soalan berikut:

Apakah perasaan kamu apabila melihat gambar ini?
Jika kamu perempuan di dalam gambar apakah masalah-masalah yang akan kamu hadapi dalam menjalani kehidupan kamu?
Haruskah wanita ini menjalani pembedahan plastik?

LANGKAH KELAPAN:

Pelajar dibahagikan dalam kumpulan. Beritahu bahawa mereka akan melihat sebuah rencana video yang menunjukkan kesan-kesan akibat budaya pembedahan plastik di Korea Selatan dan China yang melibatkan golongan orang di mana pembedahan plastik tidak diharuskan ke atas mereka.

Sambil menonton video tersebut, minta pelajar memikirkan soalan-soalan berikut:

Adakah budaya pembedahan plastik di negara Korea Selatan dan China akan berleluasa di Singapura juga?
Apakah kesan-kesan negatif terhadap masyarakat Singapura jika budaya ini berleluasa?
Jika kamu mempunyai anak yang tiada sebarang kecacatan pada wajahnya tetapi memilih untuk menjalani pembedahan plastik, apakah perasaan kamu?

Mainkan video hingga akhir.

Pelajar diminta untuk membincangkan soalan-soalan tersebut.

SEMOGA PELAJAR CIKGU SERONOK MENGIKUTI PELAJARAN INI.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s