[Topik Lisan] Memelihara Dunia: Ke mana akan kita pergi nanti?

Memelihara Dunia: Ke mana akan kita pergi nanti?

RINGKASAN:

Pelajaran ini bersekitar mengenai dua sedutan video pendek daripada dokumentari bertajuk Evacuate Earth yang dihasilkan oleh National Geographic mengenai senario di mana manusia tiada pilihan kecuali untuk tinggalkan dunia. Ia menyentuh isu-isu rumit yang timbul dan menekankan peri pentingnya untuk kita memelihara dunia; Dunia adalah satu-satunya tempat tinggal kita. Dokumentari penuh terdapat di sini.

Pelajar: Menengah atas
Masa: 90 minit
Aktiviti: Menonton video dan bertutur
Topik: Memelihara Dunia: Ke mana akan kita pergi nanti?
Bahasa: Kosa kata berkait dengan topik
Bahan: Dua sedutan video pendek

LANGKAH PERTAMA:

Guru menulis kekata MENINGGAL DUNIA pada papan tulis dan minta pelajar menerangkan maksud kekata tersebut. Guru kemudiannya tulis kekata TINGGALKAN DUNIA dan minta pelajar menerangkan maksud kekata tersebut.

Minta pelajar berikan perbezaan pada maksud kedua-dua kekata tersebut. Guru boleh membantu dengan menekankan bahawa MENINGGALKAN DUNIA berlaku bila seseorang itu mati (maka tiada pilihan). Akan tetapi TINGGALKAN DUNIA berlaku bila seorang itu masih hidup (dan mempunyai pilihan untuk pergi ataupun tidak).

LANGAH KEDUA:

Tanya pelajar soalan-soalan berikut:

Apakah sebab-sebab yang boleh menyebabkan manusia tinggalkan dunia?
Ke manakah akan manusia tinggal setelah tinggalkan dunia?

Untuk soalan pertama, tekankan (a) perubahan iklim dan (b) pencemaran alam yang menjadikan dunia tidak lagi selamat untuk didiami. Kedua-dua keadaan ini berlaku akibat perbuatan manusia.

LANGKAH KETIGA:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton satu sedutan video daripada dokumentari bertajuk Evacuate Earth yang dihasilkan oleh National Geographic mengenai suatu scenario yang di mana manusia tiada pilihan kecuali tinggalkan dunia.

Mainkan video hingga selesai.

LANGKAH KEEMPAT:

Secara berpasangan pelajar diminta untuk berkongsi dengan teman mereka jawapan bagi soalan-soalan berikut:

Bagaimanakah manusia akan tinggalkan dunia?
Berapakah jumlah manusia di dunia sekarang?
Bagaimana boleh kita pindahkan manusia sedemikian banyak dari dunia?

LANGKAH KELIMA:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton sedutan video yang kedua yang akan menunjukkan apa yang akan berlaku kepada dunia. Sambil menonton, minta pelajar terus memikirkan soalan terakhir daripada LANGKAH KEEMPAT.

Bagaimana boleh kita pindahkan manusia sedemikian banyak dari dunia?

Mainkan sedutan video kedua hingga ke minit 3.36.

LANGKAH KEENAM:

Guru beritahu pelajar bahawa pastinya kapal angkasa yang mereka lihat dalam video tadi tidak mampu memuatkan seluruh manusia di dunia ini. Sebenarnya, ia hanya mampu memuatkan 250 ribu orang manusia sahaja.

Dalam kumpulan yang lebih besar, minta pelajar fikirkan soalan-soalan berikut:

Siapakah yang layak berada dalam kapal angkasa tersebut dan siapakah yang harus kekal tinggal di dunia?
Untuk menjawab soalan ini, kita perlu mempunyai beberapa kriteria sebelum memastikan siapa yang layak berada dalam kapal angkasa tersebut. Senaraikan seberapa banyak kriteria mampu kamu fikirkan.

Tuliskan senarai kriteria pelajar di papan tulis dan minta mereka menjelaskannya. Guru boleh menolak kriteria yang difikirkan tidak sesuai.

LANGKAH KETUJUH:

Guru boleh beritahu pelajar kriteria yang ditetapkan dalam dokumentari itu adalah gen. Pemeriksaan DNA dilakukan untuk memilih kumpulan manusia yang mempunyai gen yang berbeza dan pelbagai.

Dalam kumpulan mereka, tanya pelajar soalan-soalan berikut:

Kenapa penting mempunyai kumpulan manusia yang mempunyai gen yang berbeza dan pelbagai?
Guru boleh membantu dengan menjelaskan bahawa ini bermakna manusia yang dipilih tidak mudah sakit, mempunyai daya tahan yang kuat dan berupaya hidup lebih lama agar mereka mampu membiak dan menghasilkan generasi yang lebih sihat dan kuat untuk memulakan penghidupan di dunia baru yang akan mereka ketemui nanti.

Jika kamu tidak termasuk dalam kumpulan yang dipilih, apakah yang akan kamu lakukan?
Guru boleh membantu (jika perlu) dengan memberikan kekunci kata berikut: a) rasakan pemilihan tidak adil dan berpihak kepada mereka yang berkuasa dan kaya, b) melakukan bantahan agar projek membina kapal angkasa itu tidak diteruskan, c) sabotaj projek tersebut agar tiada sesiapa boleh menaiki kapal angkasa tersebut untuk selamatkan diri mereka, dan d) membina kapal angkasa sendiri dengan sokongan golongan kaya yang tidak dipilih untuk menaiki kapal angkasa asal.

Apakah yang akan berlaku pada keamanan dunia pada waktu itu?
Guru boleh membantu (jika perlu) dengan memberikan kekunci kata berikut: a) rusuhan, b) peperangan saudara dan antara negara, dan c) kegiatan teroris

LANGKAH KELAPAN:

Guru tekankan di sini bahawa rancangan untuk selamatkan manusia dengan tinggalkan dunia tidak semudah yang dijangkakan.

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton bahagian seterusnya daripada seduatan video kedua. Sambil menonton minta mereka fikirkan soalan berikut:

Apakah masalah-masalah lain yang mungkin timbul dalam usaha menyelamatan manusia?

Sambung memainkan video tersebut.

LANGKAH KESEMBILAN:

Minta respons dan penjelasan pelajar. Senaraikan jawapan mereka yang munasabah di papan tulis.

Di antara jawapan yang diharapkan daripada pelajar adalah: a) masalah mencari dunia baru, b) masa yang diperlukan untuk sampai ke dunia bari, c) generasi baru (yang dilahirkan dalam kapal angkasa tersebut) yang akan hidup apabila tiba di dunia baru, dan (d) cabaran membina peradaban di dunia baru.

LANGKAH KESEPULUH:

Pelajar menulis refleksi mengenai soalan berikut:

Kenapa penting untuk kita sentiasa memelihara dunia kita dengan baik?

SEMOGA PELAJAR CIKGU SERONOK MENGIKUTI PELAJARAN INI.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s