[Topik Lisan] Hubungan Kekeluargaan: Apabila yang tersurat tidak seperti yang tersirat . . .

Hubungan Kekeluargaan: Apabila yang tersurat tidak seperti yang tersirat . . .

RINGKASAN:

Pelajaran ini bersekitar menegnai filem pendek bertajuk The Gift oleh Daniel Yam mengenai isu hubungan kekeluargaan.

Pelajar: Menengah bawah
Masa: 60 minit
Aktiviti: Menonton filem pendek, melihat gambar dan bertutur
Topik: Hubungan kekeluargaan: Apabila yang tersurat tidak seperti yang tersirat . . .
Bahasa: Kosa kata berkait dengan topik
Bahan: Filem pendek dan gambar

LANGKAH PERTAMA:

Secara berpasangan pelajar diminta untuk berkongsi dengan teman mereka jawapan bagi soalan-soalan berikut:

Bayangkan seorang anggota keluarga terdekat kamu akan pergi untuk selama-lamanya. Apakah kata-kata terakhir yang akan kamu ucapkan kepadanya sebelum dia pergi dan mengapa?

LANGKAH KEDUA:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton sebuah filem pendek bertajuk The Gift. Mainkan filem tersebut sebelum berhenti seketika pada minit 2.25.

Secara berpasangan minta pelajar menyenaraikan sebab-sebab mengapa si anak tidak menyukai bapanya.

Menulis jawapan pelajar pada papan tulis. Setelah tamat, tuliskan pada bahagian atas senarai tersebut dengan kekata SEBAB YANG TERSURAT (BOLEH DILIHAT) dan gariskannya.

LANGKAH KETIGA:

Sebelum sambung memainkan filem, ingatkan pelajar untuk lihat daripada sudut ayah dan berikan alasan ayah bagi sebab-sebab yang tersenarai di papan tulis. Hentikan filem tersebut pada minit 5.41.

LANGKAH KEEMPAT:

Minta pelajar untuk memberikan respons dan tulis alasan-alasan yang diberikan oleh pelajar bersebelahan sebab-sebab yang sudah tertera di papan tulis. Setelah tamat, tuliskan pada bahagian atas senarai alasan tersebut dengan kekata ALASAN YANG TERSIRAT (TIDAK BOLEH DILIHAT) dan gariskannya.

LANGKAH KELIMA:

Tanya pelajar soalan-soalan berikut:

Apakah perasaan si anak setelah mengetahui perkara yang sebenar?
Sebelum ini adakah si anak seorang yang menghargai jasa bapanya?
Menurut kamu, apakah yang boleh dia lakukan untuk membalas jasa baik bapanya?

Sambung memainkan filem setelah mendapatkan respons pelajar.

LANGKAH KEENAM:

Tunjukkan pelajar gambar berikut. Minta respons sponta pelajar pandangan mereka tentang orang dalam gambar. Tuliskan kekunci kata daripada respons pelajar pada papan tulis.

Pengemis tua yang menyedekahan hasil sumbangan orang kepada anak-anak yatim.

LANGKAH KETUJUH:

Beritahu pelajar bahawa lelaki dalam gambar ini bernama Dobri Dobrev, 99 tahun, yang menghabiskan masanya setiap hari dengan meminta sedekah supaya dia dapat memberikan semua wang sedekah yang dikumpulkan kepada anak yatim di kawasan tempat dia tinggal. Untuk keperluannya sendiri, dia bergantung pada wang pencen yang diberikan bulanan kepadanya sebanyak 80 euros.

Tanya pelajar apakah mesej yang boleh diraih daripada pengalaman si ayah dalam filem yang telah mereka tonton dan si lelaki dalam gambar ini.

Mesej yang diharapkan daripada pelajar adalah:

Kita harus berprasangka baik terhadap setiap ahli keluarga kita. Kita tidak seharusnya menilai mereka daripada apa yang kita lihat mereka lakukan. Ini kerana di sebalik tindakan mereka, kita tidak tahu apakah niat dan isi hati budi mereka yang sebenarnya.

LANGKAH KELAPAN:

Pelajar diminta untuk menulis refleksi mereka mengenai soalan-soalan berikut:

Apakah 1-2 perkara yang dilakukan oleh seorang anggota keluarga terdekat kamu yang telah menyebabkan kamu marah tetapi kamu pendamkan sahaja perasaan kamu itu.
Bayangkan diri kamu sebagai anggota keluarga tersebut. Menurut kamu mengapakan dia berkelakuan demikian terhadap kamu?
Apakah yang akan kamu lakukan jika terbukti andaian kamu itu benar?

SEMOGA PELAJAR CIKGU SERONOK MENGIKUTI PELAJARAN INI.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s