[Topik Lisan] Stereotaip: Kami bukan yang kamu sangkakan

Stereotaip: Kami bukan yang kamu sangkakan.

RINGKASAN:

Pelajaran ini bersekitar mengenai filem komedi pendek bertajuk The Elevator oleh Greg Glienna mengenai stereotaip dalam hubungan masyarakat.

Pelajar: Menengah bawah
Masa: 60 minit
Aktiviti: Menonton filem komedi pendek, video dan bertutur
Topik: Stereotaip: Kami bukan yang kamu sangkakan
Bahasa: Kosa kata berkait dengan topik
Bahan: Filem pendek dan video

LANGKAH PERTAMA:

Guru menulis perkataan STEREOTAIP pada papan tulis dan minta pelajar menerangkan apa yang mereka tahu mengenainya.

Guru boleh membantu dengan menanyakan pelajar jika kekata ini digunakan dalam kontek positif atau negatif. Maksud kekata ini adalah tanggapan atau pemikiran (biasanya negatif) yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar dalam realiti.

LANGKAH KEDUA:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton sebuah filem komedi pendek bertajuk The Elevator. Mainkan filem tersebut sebelum berhenti seketika pada minit 2.17.

Tanya pelajar soalan-soalan berikut:

Apakah yang akan berlaku seterusnya dan mengapa?

LANGKAH KETIGA:

Mainkan filem hingga ke minit 2.52 untuk memastikan jika tekaan pelajar tepat. Tanyakan pelajar soalan berikut:

Apakah kesudahan filem ini?

LANGKAH KEEMPAT:

Mainkan filem hingga selesai.

Secara berpasangan, pelajar diminta untuk berkongsi dengan teman mereka jawapan bagi soalan-soalan berikut:

Jelaskan jenis-jenis stereotaip yang terdapat dalam filem ini?
Apakah mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini?

LANGKAH KELIMA:

Tanya pelajar jika mereka juga mempunyai stereotaip mengenai sesetengah jenis orang. Minta setiap pelajar untuk mengongsikan satu stereotaip mereka dan senaraikan jawapan pelajar pada papan tulis. Tanya pelajar soalan berikut:

Apakah perasaan kamu jika kamu diseterotaip oleh orang lain seperti itu?

LANGKAH KEENAM:

Beritahu pelajar bahawa mereka akan menonton sebuah video di mana seorang selebriti dari Amerika memberikan pendapatnya tentang Singapura. Mainkan video tersebut hingga selesai.

Tanya pelajar soalan-soalan berikut:

Apakah perasaan mereka setelah menonton video tersebut?
Adakah apa yang diberitahu selebriti itu mencerminkan keadaan sebenar di Singapura?

LANGKAH KETUJUH:

Beritahu pelajar yang berikut adalah senarai stereotaip yang dipetik daripada lelaman Travel Wire Asia mengenai sepuluh stereotaip yang tidak benar mengenai Singapura.

1. Singapura terletak di China.
2. Warga Singapura tidak boleh berbual dalam bahasa Inggeris.
3. Singapura diperintah oleh rejim autoritarian (tiada demokrasi).
4. Singapura adalah negara di mana rakyatnya perlu dididik dengan hukuman-hukuman berat (a nanny state)
5. Warga Singapura terlalu serius.
6. Warga Singapura tidak berperasaan dan kurang pendidikan.
7. Kanak-kanak di Singapura tidak dapat bermain dan bergembira seperti kanak-kanak di negara lain.
8. Singapura tidak meraihkan seni tempatan.
9. Lelaki Singapura ‘tidak mempunyai tulang belakang’ dan hanya menjadi pak turut.
10. Wanita Singapura adalah materialistik.

Secara berkumpulan, minta pelajar memilih tiga stereotaip daripada senarai di atas dan menjawab soalan berikut:

Adakah seterotaip ini adil? Jika tidak, berikan bukti-bukti menunjukkan realiti sebenar di Singapura

LANGKAH KELAPAN:

Pelajar memilih dua stereotaip daripada senarai yang ada di papan tulis (lihat LANGKAH KELIMA) dan menulis refleksi mengenai keadaan yang mencerminkan realiti sebenar golongan orang-orang dalam stereotaip tersebut.

SEMOGA PELAJAR CIKGU SERONOK MENGIKUTI PELAJARAN INI.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s