[Topik Lisan] Budaya Konsumerisme: Adakah telefon bimbit kamu yang terkini?

Budaya Konsumerisme: Adakah telefon bimbit kamu yang terkini?

RINGKASAN:

Pelajaran ini bersekitar mengenai filem pendek bertajuk iDiots yang dihasilkan oleh BLR_VFX mengenai kesan negatif teknologi kepada kehidupan manusia jika kita tidak mengunakannya dengan bijaksana.

Pelajar: Menengah atas
Masa: 60 minit
Aktiviti: Menonton filem pendek, video dan bertutur
Topik: Budaya Konsumerisme: Adakah telefon bimbit kamu yang terkini?
Bahasa: Kosa kata berkait dengan topik
Bahan: Filem pendek dan video

 LANGKAH PERTAMA:

Guru meminta pelajar berkongsi secara berpasangan bagaimana mereka menggunakan telefon bimbit. Kemudian, guru menjemput setiap pelajar berkongsi di hadapan kelas dengan melengkapkan ayat berikut:

Saya gunakan telefon bimbit untuk . . .

Pelajar yang lain diminta untuk senaraikan penggunaan telefon bimbit yang dikongsi oleh teman mereka. Senarai mereka mungkin kelihatan seperti berikut:

1. merakam video

2. mengetwit di lelaman Twitter

3. mengepos komen di lelaman facebook

4. mencari maklumat melalui enjin pencarian Google

dan sebagainya

LANGKAH KEDUA:

Daripada senarai pelajar, guru tekankan bahawa bagi sesetengah orang telefon bimbit banyak kegunaannya sehingga ianya tidak mudah dipisahkan daripada kehidupan mereka. Sebagai tinjauan ringkas, tanya pelajar soalan-soalan berikut:

Siapakah yang tidak boleh berpisah dengan telefon bimbit mereka selama seminggu?

Siapakah yang mempunyai anggota keluarga yang tidak boleh berpisah dengan telefon bimbit selama seminggu?

Minta pelajar memberikan penjelasan kenapa hal demikian berlaku.

LANGKAH KETIGA:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton sebuah filem pendek bertajuk iDiots yang dihasilkan oleh BLR_VFX mengenai kesan negatif teknologi kepada kehidupan manusia jika kita tidak mengunakannya dengan bijaksana. Mainkan filem tersebut sebelum berhenti seketika pada minit 1.46. Guru tanyakan pelajar soalan berikut:

Apakah lagi kegunaan telefon bimbit yang terdapat dalam filem ini yang tidak ada dalam senarai kamu?

LANGKAH KEEMPAT:

Beritahu pelajar untuk memikirkan apakah mesej-mesej yang hendak disampaikan melalui filem pendek ini sebelum memainkan filem tersebut hingga akhir.

LANGKAH KELIMA:

Secara berkumpulan pelajar diminta untuk berbincang seberapa banyak mesej yang boleh mereka raih daripada filem tersebut. Setiap kumpulan dijemput (a) berkongsi dapatan mereka dengan (b) memberikan penjelasan serta (c) contoh-contoh daripada pengalaman mereka untuk memperkuatkan hujah mereka.

Antara mesej yang boleh dipertimbangkana adalah:

Masalah budaya konsumerisme di mana seseorang membeli sesuatu bukan kerana ia memerlukannya tetapi supaya tidak ketinggalan dengan tren kegilaan terkini.

Ketagihan terhadap teknologi berlaku apabila kita tidak menggunakan teknologi dengan bijaksana.

Berusaha mencapai kepuasan yang bersifat sementara (dengan mempunyai telefon bimbit yang terkini) hanya akan merugikan kita.

LANGKAH KEENAM:

Untuk menekankan lagi mesej-mesej filem pendek itu, tanya pelajar soalan-soalan tinjauan berikut?

Adakah mempunyai telefon bimbit yang terkini penting buat kamu?

Adakah kamu seorang yang ketagih dengan alat teknologi terkini?

Adakah kamu tahu seseorang yang ketagih dengan alat teknologi terkini?

Adakah kita terlalu bergantung dengan teknologi dalam kehidupan kita seharian masa kini?

LANGKAH KETUJUH:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton sebuah video yang menunjukkan bagaimana teknologi boleh mendatangkan kesan negatif dalam kehidupan manusia jika kita tidak menggunakan dengan bijaksana.

Dalam video ini terdapat beberapa segmen pendek seperti:

Teknologi dengan hubungan suami isteri (0.00 – 0.26; 1.50 – 2.03)

Teknologi dengan hubungan teman (0.27 – 0.43; 1.00 – 1.06)

Teknologi dengan hubungan sepasang kekasih (0.44 – 0.52)

Teknologi dengan kanak-kanak (0.53 –  0.59)

Teknologi dengan hiburan (1.07 – 1.10; 1.23 – 1.29)

Teknologi dengan riadah (1.11 – 1.22)

Teknologi dengan sambutan (1.30 – 1.49)

Beritahu pelajar yang setiap kumpulan akan diberikan satu segmen di mana mereka harus menjawab soalan-soalan berikut:

Bagaimana teknologi mendatangkan kesan negatif kepada manusia dalam segmen ini?

Apakah yang akan berlaku jika perkara ini dibiarkan terus berlaku?

LANGKAH LAPAN:

Setiap kumpulan berbincang dan kemudian membentangkan hasil perbincangan mereka. Guru boleh meminta respons daripada kumpulan pelajar lain.

SEMOGA PELAJAR CIKGU SERONOK MENGIKUTI PELAJARAN INI.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s