[Topik Lisan] Erti Kehidupan: Mencari kebahagiaan

Erti Kehidupan: Mencari kebahagiaan

RINGKASAN:

Pelajaran ini bersekitar mengenai sebuah dokumentari yang bertajuk Slomo oleh Josh Izenberg mengenai pengalaman seseorang yang mencari erti kehidupan dan kebahagiaan.

Pelajar: Menengah atas
Masa: 60 minit
Aktiviti: Menonton dokumentari, membaca dapatan kajian dan bertutur
Topik: Erti Kehidupan: Mencari kebahagiaan
Bahasa: Kosa kata berkait dengan topik
Bahan: Dokumentari dan dapatan kajian

LANGKAH PERTAMA:

Guru minta pelajar memikirkan soalan di bawah.

Apakah yang kamu inginkan ketika kamu dewasa kelak?

Setelah mendapatkan jawapan pelajar, tanya mereka soalan berikut:

Bagaimanakah apa yang kamu inginkan boleh membawa kebahagiaan kepada diri kamu?

Jemput pelajar lain untuk memberikan pendapat mengenai jawapan rakan mereka.

LANGKAH KEDUA:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton sebuah dokumentari bertajuk Slomo oleh Josh Izenberg mengenai pengalaman seseorang yang mencari erti kehidupan dan kebahagiaan.

Sebelum memainkan dokumentari tersebut, minta pelajar untuk mengenal pasti keadaan kehidupan Slomo sebelum dia mengambil keputusan untuk mengubah hala tuju kehidupannya.

Mainkan filem tersebut hingga ke minit 7.10 sebelum menanyakan pelajar soalan-soalan berikut:

Apakah bukti-bukti yang menunjukkan Slomo seorang yang berjaya dalam kehidupannya?

Mengapakah Slomo tidak bahagia?

Minta setiap pelajar menulis jawapan mereka untuk kedua-dua soalan di atas dalam satu perenggan tidak kurang daripada 100 patah perkataan.

LANGKAH KETIGA:

Sambil pelajar menulis jawapan mereka, guru menulis kata-kata di bawah di papan tulis yang dipetik daripada dokumentari tadi.

a typical institutionalized, educated western man

work myself into the eternity of oblivion, and get old and die

the tip of the great iceberg of consciousness

when I graduated from college, I didn’t have a plan but I had been ushered in the direction of medical school

zenith of my manhood

do what you want to

I was lost in a rational world

I was hardworking, thinking only about material things

I would leave office and asked myself how much of today promoted me spiritually, and how much of it promoted me financially

Setelah pelajar tulis jawapan mereka, minta pandangan pelajar apa yang mereka faham dengan kata-kata yang ditulis di papan tulis.

Daripada hasil penulisan pelajar dan apa yang mereka faham daripada kata-kata yang dibincangkan tadi, tanya pelajar mengapakah Slomo tidak bahagia?

Tekankan kepada pelajar bahawa walaupun Slomo ‘berjaya’ mengikut ukuran masyarakat, dia melalui kehidupan yang tidak bahagia. Oleh itu, kebahagian bagi seseorang itu berbeza. Begitu juga definasi berjaya bagi seseorang tidak semestinya sama dengan definasi bahagia bagi orang lain. Setiap di antara kita mempunyai aspirasi dan cita-cita yang berbeza.

LANGKAH KEEMPAT:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton sambungan dokumentari tadi. Sebelum memainkannya, minta pelajar memikirkan soalan berikut:

Apakah yang dilakukan oleh Slomo untuk mencapai kebahagiaan?

Di akhir dokumentari tersebut, jemput pelajar untuk berkongsi jawapan mereka.

LANGKAH KELIMA:

Sebagai lanjutan, tanya pelajar soalan-soalan berikut:

Jika kamu dalam situasi Slomo sebelum dia mengubah arah tuju kehidupannya, adakah kamu bahagia?

Jika kamu tidak bahagia, apa yang akan kamu lakukan untuk mencapai kebahagiaan?

Minta pelajar berkongsi jawapan mereka dengan teman di sebelah.

LANGKAH KEENAM:

Kemudian, minta pelajar menulis refleksi mengenai senarai berikut:

Bagi saya kehidupan yang berjaya dan bahagia adalah kehidupan di mana saya:

a) mempunyai . . .

b) mempunyai . . .

c) mempunyai . . .

Tiada had bagi senarai yang ditulis pelajar. Jika pelajar tidak keberatan, minta mereka kongsi dengan teman di sebelah senarai mereka.

LANGKAH KETUJUH:

Lima Penyesalan Utama Sebelum Mati

Beritahu pelajar bahawa ada seorang jururawat yang bernama Bronnie Ware di Australia yang pernah bertugas selama beberapa tahun di wad yang menempatkan para pesakit yang ada hanya 12 minggu terakhir untuk hidup. Daripada perkongsian pesakit, beliau telah menyenaraikan Lima Penyesalan Utama Sebelum Mati.

Tanya pelajar, menurut mereka, apakah lima penyesalan utama itu. Minta pelajar menuliskan senarai mereka sebelum guru berkongsi dapatan Bronnie Ware berikut:

1. I wish I’d had the courage to live a life true to myself, not the life others expected of me.

2. I wish I hadn’t worked so hard.

3. I wish I’d had the courage to express my feelings.

4. I wish I had stayed in touch with my friends.

5. I wish that I had let myself be happier.

Guru digalakkan menyemput pelajar untuk berkongsi apa yang mereka faham setiap kali menulis satu daripada dapatan di atas di papan tulis.

LANGKAH KELAPAN:

Guru minta pelajar menulis refleksi tidak kurang daripada 100 patah perkataan mengenai bagaimana mereka ingin dikenang setelah mati. Untuk itu pelajar boleh melengkapkan permulaan ayat di bawah hinga menjadi beberapa ayat dalam satu perenggan.

Saya ingin dikenang sebagai seseorang yang . . .

Pelajar digalakkan untuk menyimpan nota refleksi mereka di tempat yang boleh mereka lihat ia setiap hari sebagai peringatan bagi mereka sambil mereka menjalani kehidupan seharian.

SEMOGA PELAJAR CIKGU SERONOK MENGIKUTI PELAJARAN INI.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s