[Topik Lisan] Mencari Kesinambungan: Antara keperluan manusia dan mengekalkan alam sekitar

Mencari Kesinambungan: Antara keperluan manusia dan mengekalkan alam sekitar

RINGKASAN:

Pelajaran ini bersekitar mengenai dua filem pendek. Filem pertama bertajuk Among Giants oleh Rainhouse Cinema yang menonjolkan usaha sekumpulan para pencinta alam yang berusaha untuk menyelamatkan hutan Redwood di California yang mengandungi pokok-pokok yang berusia lebih seratus tahun daripada dihapuskan demi pembangunan. Filem kedua merupakan sebuah filem animasi bertajuk Vice Versa oleh Jacques Khouri yang membentangkan bagaimana pembangunan dan alam sekitar dapat kekal bersama dengan harmoni jika kita bijak mentadbirkan kedua-duanya.

Pelajar: Menengah bawah
Masa: 60 minit
Aktiviti: Menonton dua filem pendek, melihat gamber dan bertutur
Topik: Mencari Kesinambungan: Antara keperluan manusia dan mengekalkan alam sekitar
Bahasa: Kosa kata berkait dengan topik
Bahan: Filem pendek dan gambar

LANGKAH PERTAMA:

Guru minta pelajar memikirkan soalan-soalan di bawah sebelum berkongsi dengan teman di sebelah mereka.

Apakah usaha-usaha yang pernah kamu lakukan sebelum ini untuk mengekalkan alam sekitar yang baik?

Jelaskan apa yang kamu lakukan serta berikan kesan daripada perbuatan kamu.

Guru menjemput pelajar untuk berkongsi jawapan mereka di hadapan kelas.

Ramai pelajar akan berkongsi mengenai program-program CIP sekolah seperti membersihkan pantai, mengumpulkan akhbar dan pakaian terpakai supaya boleh dikitar semula, dan sebagainya. Terangkan kepada pelajar bahawa hakikatnya, program-program ini memang baik dan sesuai untuk mereka. Kesan daripada program-program ini adalah supaya timbul kesedaran dalam diri mereka akan pentingnya untuk menjaga alam sekitar.

LANGKAH KEDUA:

Minta pelajar bayangkan yang mereka sudah dewasa dan ajukan soalan berikut.

Apakah yang boleh kamu lakukan sekarang untuk membawa sumbangan besar ke arah menjaga alam sekitar?

Minta pelajar fikirkan soalan ini sambil mereka melihat video Among Giants.

LANGKAH KETIGA:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton sebuah filem pendek bertajuk Among Giants yang menonjolkan usaha sekumpulan para pencinta alam yang berusaha untuk menyelamatkan hutan Redwood di California yang mengandungi pokok-pokok yang berusia lebih seratus tahun daripada dihapuskan demi pembangunan. Mainkan filem tersebut hingga ke minit 6.20.

Kemudian, tanya pelajar soalan-soalan berikut.

Apakah masalah yang ditonjolkan dalam filem ini?

Siapakah dua pihak yang terlibat?

Apakah yang ingin mereka lakukan?

Menurut kamu, apakah kesudahan filem ini?

Synopsis ringkas filem: Green Diamond Resource Company hendak memotong hutan Redword seluas 60 hectar di sebuah kawasan hutan di Eureka, California. Hutan Redword mengandungi pokok-pokok Redword yang berusia lebih daripada seratus tahun. Akan tetapi para penduduk di bandar Eureka tidak setuju dengan rancangan tersebut dan inginkan kawasan tersebut dipelihara. Oleh yang demikian, sekumpulan para pencita alam berusaha menyelamatkan hutan tersebut dengan membina khemah di puncak pokok. Mereka kemudian menetap di sana selama tiga tahun.

LANGKAH KEEMPAT:

Sambung mainkan filem tersebut hingga selesai. Kemudian, ingatkan pelajar akan soalan yang cikgu minta mereka fikirkan tadi.

Apakah yang boleh kamu lakukan sekarang untuk membawa sumbangan besar ke arah menjaga alam sekitar?

Jemput pelajar untuk memberikan respons mereka.

Tekankan kepada pelajar bahawa kegiatan tree-sitting yang kita lihat dalam filem tersebut tidak berlaku di Singapura kerana isu-isu alam sekitar dalam konteks Singapura berbeza. Ini kerana Singapura merupakan negara pengguna (consumer) dan bukan negara pengeluar (producer). Oleh itu, usaha kita untuk menjaga alam sekitar bermula dengan menimbulkan kesan pada bahagian pengguna (low-stream), yang kemudiannya akan mempengaruhi keputusan dan tingkah laku pengeluar (up-stream). Sebagai contoh, pemerintah Singapura secara aktif telah mendidik dan mengalakkan rakyat Singapura untuk menjadi pengguna yang bijak dan prihatin terhadap alam sekitar.

LANGKAH KELIMA:

Tunjukkan pelajar label-label di bawah dan tanyakan mereka soalan-soalan berikut:

Apakah label-label ini?

Apakah tujuannya?

Berikan penekanan tentang usaha-usaha pemerintah Singapura (yang terdapat pada label-label ini) untuk mendidik dan mengalakkan rakyat Singapura untuk menjadi pengguna yang bijak dan prihatin terhadap alam sekitar.

Label Mesra Alam Singapura (Green Label Singapura) merupakan label pengesahkan produk untuk membantu pengguna memilih barang-barangan yang mesra alam.

Label Penggunaan Tenaga (Energy Label) merupakan label pengesahan produk untuk membantu pengguna memilih barang-barangan elektronik yang menggunakan tenaga dengan berkesan (tidak berlebihan).

Label Penggunaan Minyak Secara Ekonomi (Fuel Economy Label) merupakan label pengesahan produk untuk membantu pengguna memilih kenderaan yang tidak menggunakan minyak secara berlebihan.

LANGKAH KEENAM:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton pula sebuah filem animasi bertajuk Vice Versa oleh Jacques Khouri yang membentangkan cadangan bagaimana kita boleh mencari kesinambungan antara keperluan manusia dan mengekalkan alam sekitar.

Di akhir filem ini, jemput pelajar untuk menjawab soalan-soalan berikut:

Apakah mesej yang hendak disampaikan melalui filem ini?

Dapatkah mesej ini dipraktikkan di Singapura? Bagaimana?

LANGKAH KETUJUH:

Tunjukkan pelajar logo-logo di bawah dan tanyakan pelajar soalan-soalan berikut:

Apakah logo-logo ini?

Apakah tujuannya?

Berikan penekanan tentang usaha-usaha pemerintah Singapura (yang terdapat pada logo-logo ini) untuk memastikan pembangunan dan alam sekitar dapat kekal bersama dengan harmoni.

Projek Pejabat Mesra Alam (Project Eco-Office) bertujuan untuk membantu syarikat meningkatkan kesedaran dan menanamkan tabiat mesra alam di kalangan pekerja-pekerjanya.

Produk Pembinaan Bangunan Mesra Alam Singapura (Singapore Green Building Product) merupakan suatu sijil pengesahkan produk untuk membantu pengusaha bangunan memilih bahan-bahan pembinaan bangunan yang mesra alam dalam membina bangunan.

Kelab Hijau Pembinaan Bangunan (Build It Green Club) berhasrat untuk membina budaya mesra alam yang kukuh di kalangan pakar industri pembinaan.

SEMOGA PELAJAR CIKGU SERONOK MENGIKUTI PELAJARAN INI.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s